Pengenalan :
penemuan laporan yang bertajuk "Community Program to Promote Youth Development" menunjukkan golongan muda yang menghabiskan masa lapang dengan komuniti mereka mendapat lebih peluang untuk membangunkan diri mereka dan program yang dijalankan oleh komuniti adalah secara meluas serta dapat menyokong kepada pembangunan golongan belia melalui usaha menarik minat serta memenuhi kehendak mereka menggunakan pendekatan Pembangunan Belia yang positif serta juga dikaitkan dengan usaha mengurangkan penglibatan belia dalam aktiviti berisiko tinggi.
Latar Belakang :
wujudnya Pusat Kegiatan Rakan Muda (PKRM) adalah berasaskan 'Community based intiated project'. Konsep pelaksanaan ini diasaskan kepada pendekatan "Community Youth Development" dimana ahli dan pemimpin masyarakat setempat dilibatkan dalam usaha-usaha pembangunan golongan muda terutama dari aspek kewangan, sumber setempat termasuk dalam menggerakkan inisiatif menyediakan persekitaran yang kondusif bagi golongan belia untuk bergerak aktif.
Konsep Penubuhan Pusat Kegiatan Rakan Muda (PKRM) :
1. Pusat Kegiatan Rakan Muda merupakan ruang untuk remaja setempat melaksanakan pelbagai aktiviti Rakan Muda yang juga dikenali sebagai 'One Stop Centre'.
2. Sebahagian ruang di PKRM akan menempatkan peralatan siber dan kemudahan mengakses internet secara percuma serta dapat menubuhkan ruang aktiviti / kegiatan kepada remaja untuk lebih dekat dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD).
3. Pusat Kegiatan Rakan Muda ini juga akan menampung keperluan belia remaja dalam komuniti dan keperluan interaksi sosial dalam aktiviti serta menggerakkan aktiviti setempat meliputi pelbagai aktiviti menerusi kegiatan ekonomi, sosial, budaya, inovasi, dan cinta alam yang dapat dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda.
4. Gaya Hidup Rakan Muda menjadi program yang mesra remaja dan dekat dengan sistem budaya setempat.Ia dapat mempertingkatkan daya kreativiti serta pemikiran kritis komuniti berkenaaan untuk mereka sendiri berkewajiban memikul beban bersama dalam menangani segala bentuk permasalahan semasa.
Objektif :
1. Membolehkan kegiatan dan aktiviti Rakan Muda dapat dijalankan di kawasan parlimen yang berkenaan.
2. Menjadi hala tuju baru dalam program Rakan Muda dapat diperluas sebagai Program Pembangunan Modal Insan secara menyeluruh dan bersepadu.
3. Menjadi pusat maklumat setempat bagi semua aspek kegiatan Rakan Muda secara khususnya untuk menjana potensi kepimpinan dan pengurus generasi muda untuk Kementerian Belia dan Sukan secara umumnya.
4. Membolehkan pelaksanaan aktivti Rakan Muda dapat menghubungi generasi muda di peringkat akar umbi.
5. Memperluaskan skop Rakan Kongsi di kalangan pemimpin masyarakat dan pemimpin politik setempat dalam usaha meningkatkan sokongan bagi tujuan menghasilkan program-program dan mendapatkan infrastruktur belia di peringkat komuniti.